Pengenalan Latar belakang sistem (GAMIS-Graduate Academic Management Information System)
GAMIS ataupun juga dikenali sebagai Graduate Academic Management Information System yang berasaskan web sepenuhnya
telah dibangunkan pada tahun 2009 . GAMIS merupakan sistem yang akan merekodkan dan menyimpan semua maklumat
pelajar pasca siswazah sepanjang pengajian mereka di UniMAP. GAMIS berfungsi sebagai medium bagi mengurus
serta mentadbir data dalam menguruskan maklumat-maklumat berkaitan akademik seperti Kemasukan Pelajar,
Pendaftaran Diri dan Pendaftaran Kursus Pelajar, Peperiksaan Pelajar dan Pengijazahan Pelajar.
Di samping itu juga, sistem ini menjadi tulang belakang dalam penjanaan laporan-laporan eksekutif universiti.
Objektif sistem
Memastikan semua maklumat pelajar dapat disepadukan dalam sebuah pangkalan data yang menyimpan maklumat keseluruhan pelajar dan dikongsi oleh Jabatan lain seperti Jabatan Bendahari, Perpustakaan, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan Pusat pengajian; dan
Menyediakan maklumat pelajar bagi membantu perancangan pengambilan baru melalui maklumat yang tepat dan jitu.
Membantu Pusat Pengajian Siswazah mengurus dan mentadbir data dan maklumat berkaitan pelajar dan pengurusan akademik.
Mempercepatkan proses kerja Pusat Pengajian Siswazah
Melaksanakan pengendalian data dan maklumat pelajar dengan lebih sistematik.
Contact Us
Academic System Unit Information and Communication Technology center
Universiti Malaysia Perlis Kampus Kubang Gajah 02600 Arau, Perlis